Arabic Gum Adalah Prebiotik Terbaik

Arabic gum berasal daripada pokok Acacia senegal, ia juga diperoleh dari pokok Acacia seyal (sebelum ini dikenali sebagai Vachellia seyal).  Ia adalah pokok berduri, berbatang kecil yang selalunya tumbuh hingga ke ketinggian 15 kaki. Pokok ini adalah natif di kawasan padang pasir seperti sub-sahara afrika, Oman, Pakistan dan Pantai barat India. Ketika kemarau, kulit pokok tersebut pecah mengeluarkan lelehan sap (getah) yang berbentuk seperti titisan air dan mengeras menjadi seperti apa yang digelar gam arab.

Gam Arab adalah rapuh, tidak berbau dan tidak mempunyai rasa. Ia mengandungi gula kompleks, asid, kalsium dan beberapa jenis elektrolit yang lain. Ia sangat mudah larut dalam air dan tidak larut dalam pelarut organik. 

Gam arab telah lama digunakan dalam dunia perubatan tradisional. Orang mesir selalu menggunakannya dalam minuman dan makanan, ia juga untuk ubatan bagi mengurangkan rasa sakit.Hari ini, ianya digunakan secara meluas dalam industri farmaseutikal (sebagai bahan dalam pembuatan kapsul dan ‘tablet coating’, penstabil) dan bahan yang sangat penting dalam industri pembuatan makanan.

Prebiotik adalah makanan bagi bakteria baik di dalam usus. Gam Arab merupakan salah satu prebiotik yang terbaik untuk pertumbuhan bakteria baik dalam usus. Bakteria ini bertanggungjawab dalam membebaskan sisa najis, toksin dan lemak berlebihan dari badan. Prebiotik juga mengukuhkan sistem imuniti dan memerangi bakteria berbahaya.

Bagaimana Gam Arabik dapat membantu pesakit buah pinggang? Untuk menjelaskan perkara ini, kita kena cerita kajian pada tahun 2014 dimana salah satu bakteria baik di dalam usus dibuktikan dapat mengurangkan bacaan urea di dalam darah. Ia disebabkan bakteria tersebut mampu menguraikan urea yang berada di dalam usus.Oleh sebab pengambilan prebiotik seperti arabic gum meningkatkan jumlah bakteria baik di dalam usus, ia juga akan menyebabkan penguraian urea di dalam usus meningkat. Oleh itu, ia akan menyebabkan bacaan urea di dalam darah semakin berkurangan berbanding pesakit yang tidak mengamalkan Gam Arab.

Gum Arab bersifat pengemulsi dan ejen penstabil semula jadi yang mampu menghalang pembentukan lemak dan gula dalam darah.Seterusnya ia juga mampu mengurangkan faktor risiko untuk berhadapan dengan penyakit kronik seperti obesiti, kencing manis, sakit jantung dan sebagainya. 

Bagi pesakit yang bergantung pada ubat-ubatan sebagai kelangsungan hidup menghadapi penyakit kronik atau mengalami jangkitan yang memerlukan antibiotik, antiviral pada kepekatan darah yang tepat, pengambilan arabic gum perlu diambil kira dan dipantau.