Gula Kelapa sebagai alternatif kepada Gula Putih

Gula adalah karbohidrat ringkas yang membekalkan sumber tenaga segera yang mudah diserap oleh tubuh. Secara semulajadi, gula boleh didapati dalam makanan yang mengandungi karbohidrat seperti nasi, mi, roti, pasta dan ubi-ubian. Gula juga terdapat dalam buah-buahan dalam bentuk fruktosa dan susu dalam bentuk lactosa. Selain dalam bentuk semulajadi, gula juga ditambah ke dalam makanan semasa penyediaan atau pemprosesan.

WHO (2003) menyarankan pengambilan gula tambahan tidak melibihi 10% daripada jumlah tenaga harian. Oleh itu, bagi orang dewasa purata pengambilan gula tambahan yang disarankan adalah tidak melibihi 10 sudu teh sehari (50g). Gula tambahan yang dimasukkan adalah monosakarida dan dwisakarida yang ditambah ke dalam makanan atau minuman oleh pengilang-pengilang makanan dan gula yang ditambah semasa memasak dan menyedia makanan. Berdasarkan kajian pengambilan makanan di kalangan orang dewasa Malaysia 2003/2003, orang di Malaysia menambah 7 sudu teh sehari ke dalam minuman mereka. Jumlah gula yang ditambah ke dalam ini sahaja telah melibihi saranan WHO dan Panduan Diet Malaysia yang mencadangkan pegambilan jumlah gula sehari melibihi 50g.

Pengambilan gula yang berlebihan boleh mengakibatkan pengambilan tenaga yang berlebihan. Pengambilan tenaga harian yang berlebihan dalam jangkamasa yang panjang boleh meningkatkan berat badan dan menyebabkan obesiti. Keadaan ini akan menjadi lebih serius sekiranya sekiranya diet harian adalah tinggi lemak dan kurangnya aktiviti fizikal yang dilakukan. Obesiti meningkatkan risiko mendapat pelbagai jenis penyakit kronik seperti diabetes, darah tinggi dan sakit jantung.

Gula Kelapa adalah manisan natural yang terhasil dari pokok kelapa.Gula Kelapa dibuat dengan mengumpul sap cecair dari tunas bunga pada pokok kelapa. Kemudian direbus dan dikeringkan untuk menghasilkan gula kelapa. Produk akhir kelihatan dan rasanya seperti gula perang.

Gula kelapa lebih sesuai untuk pesakit diabetes kerana mempunyai Indek Glisemik yang lebih rendah berbanding gula putih. Indek Glisemik mengukur beberapa cepat makanan yang mengandungi karbohidrat meningkatkan paras gula dalam darah seseorang selepas makanan tersebut dimakan. Lagi rendah nilai GI, lagi perlahan paras gula dalam darah meningkat. Sebagai perbandingan, GI bagi gula kelapa ialah 35 manakala GI bagi gula putih ialah 65-70.

Gula Kelapa kurang diproses daripada gula putih. Secara tidak langsung ia dapat mengekalkan lebih banyak nutrien bermanfaat dalam gula kelapa. Ini kerana, lagi banyak proses terlibat dalam menghasilkan makanan, lagi kurang kandungan khasiat tinggal dalam makanan tersebut. Gula kelapa mengandungi lebih banyak mineral seperti kalsium, pottasium dan zat besi berbanding gula putih yang hampir tiada mineral. Mineral-mineral ini dapat menjaga keseimbangan elektrolit dalam tubuh. Gula kelapa mengandungi 400 kali lebih banyak kalium daripada gula putih, yang membantu mengatur kadar air dalam tubuh. 

Penyelidikan menunjukkan bahawa gula kelapa mengandungi inulin, karbohidrat yang tidak dapat ditemui secara semulajadi. Inulin dianggap prebiotik kerana ia ditapai dalam usus dan menjadi makanan untuk bakteria berfaedah. Menurut kajian pada tahun 2016, karbohidrat seperti inulin dapat meningkatkan kepekaan insulin dan mempunyai kesan metabolik yang bermanfaat pada orang yang berisiko menghidap diabetes. Inulin juga bantu serapan kalsium, membantu anak membesar dengan tulang yang lebih kuat. Inulin juga hilangkan sembelit, justeru dapat menjaga kesihatan perut.

Jadi gula kelapa adalah alternatif yang lebih baik bagi pesakit diabetes kerana ia mengandungi inulin. Ambil dalam kuantiti yang sederhana untuk mengelakkan rasa pahit kopi atau teh sahaja, bukan untuk mendapatkan rasa manis. Lebih baik jika tidak mengambil langsung sebarang gula dalam minuman kerana ia bakal menyumbang nilai karbohidrat dan kalori. 

Yang lebih baik, boleh guna daun stevia yang tiada langsung nilai karbohidrat dan bagus untuk pesakit diabetes dan mereka yang ingin mengurangkan berat badan. Semoga bermanfaat.