Perlu Ke Kita Detox?

Dalam badan manusia, Allah S.W.T telah jadikan sisitem detoa kita sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu juga dapat memastikan sistem buah pinggang berjalan dengan lancar.

Sedar atau tidak sebenarnya terdapat banyak racun yang wujud di persekitaran kita. Kita dapat lihat contohnya pada udara sekeliling, sumber air minum, peralatan yang sering digunakan dan juga tempat anda sekarang.

Secara tidak sedar, toksin-toksin ini berkumpul dalam badan dan lama kelamaan akan merubah fungsi sistem badan menjadi lebih buruk. Seterusnya meningkatkan masalah kesihatan.

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam badan. Amat mustahil untuk mengelak daripada toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja. Sama ada dalam udara yang disedut, atau makanan dan minuman yang diambil. Kita juga terdedah kepada toksin dalaman iaitu sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan gaya pemakanan yang tidak seimbang.

Antara faktor penyumbang toksin:
- Makan makanan yang telah diproses, yang mengandungi bahan pengawet, persa, pewarna tiruan dan racun serangga.
- Terdedah kepada pencemaran udara.
- Terdedah kepada hujan asid, sisa dari pencemaran tanah, dan pelupusan sampah yang mencemarkan sumber air.
- Gaya hidup tidak sihat seperti merokok dan tiada aktiviti senaman.

9 Sebab Kenapa Perlu Detox

1. Buang Toksin

Anda pernah mengalami masalah susah membuang atau terlalu kerap membuang? Usus termasuk kolon membawa semua sisa dari tubuh badan, Namun sebahagian daripada sisa ini seperti makanan yang diproses, kurang serat, lemak tidak sihat boleh berkumpul secara perlahan-lahan dan membuatkan usus tersumbat. Sebab itulah kadang-kadang kita mengalami maslah najis mengeras atau perut meragam. Dan toksin-toksin ini perlu dikeluarkan segera sebelum menjadi masalah yang lebih besar. Pengumpulan toksin ini biasnya boleh menyebabkan berat susah turun, rasa kembung, dan yang lebih teruk boleh mengakibatkan kanser usus.

2. Cegah Penyakit Kronik

Walaupun badan kita sudah mempunyai sistem detox semulajadi, tetapi masih tidak mencukupi kerana terlampau banyak pencemaran dri persekitaran dan diet pemakana harian yang tidak sihat.

3. Tingkatkan Imuniti Badan

Toksin boleh membiak dan merosakkan sel. Inilah juga sebab kenapa kita perlukan detox. Radikal bebas daripada toksin ini boleh membinasakan sistem immunisasi dan mengakibatkan keradangan

4. Membantu Menurunkan Berat Badan

Kadang kita terfikir, makan sikit tetapi berat badan masih tidak turun. Toksin yang terkumpul di dalam badan menyukarkan keupayaan tubuh membakar lemak secara semulajadi. Lemak yang terkumpul tidak dapat disingkirkan dari badan. Lama-kelamaan lemak ini akan merosakkan fungsi beberapa organ yang lain.

5. Lebih Muda Dari Usia

Proses Detox akan membuang segala logam berat dan radikal bebas yang menyebabkan penuaan. Pada masa yang sama membantu meningkatkan kadar penyerapan nutrisi termasuk vitamin dan antioksida.

6. Lebih Bertenaga

Sistem Detox semulajadi dalam badan memerlukan tenaga yang diperlukan bergantung pada jumlah toksin yang diproses. Jadi bila badan tidak mendapat tenaga yang secukupnya, maka kuranglah tubuh dapat menyingkirkan toksin. Bila badan merasa cepat letih, ini petanda bahawa tubuh dipenuhi toksin. Melalui detox ia dapat membantu dalam menyokong organ ini untuk mengeluarkan toksin dan menjadikan tubuh lebih bertenaga apabila badan bebas daripada toksin. Malah membantu untuk tidur lebih lena dan mengurangkan rasa mengantuk di siang hari.

7. Kulit Lebih Cantik

Kondisi kulit kita melambangkan kesihatan dalaman kita. Kulit membuang toksin dengan cara berpeluh. Tetapi apabila sistem kelenjar peluh dipenuhi toksin, ia akan mendorong kepada pelbagai kondisi kulit yang tidak sihat termasuklah jerawat.

8. Lebih Fokus

Mudah untuk membuat keputusan yang lebih baik dan mutu kerja lebih produktif.

9. Mengekalkan fungsi badan dengan lebih baik. Terutamanya kepada golongan yang berusia.